GMM UPM (博大前进)


Pelajar ke Jakim isu pegawai UPM
October 23, 2008, 9:02 am
Filed under: UPM Issues

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91790

Jimadie Shah Othman | Oct 23, 08 11:23am kemaskini 7:50pm

Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.

Seorang pegawainya Fahmi Azar Mistar dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata “tidak guna solat kalau tidak bayar yuran” kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.

Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.

Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.

“Kami harap pihak Jakim dapat merujuk perkara ini dengan universiti dan beliau (pegawai terbabit) harus minta maaf,” kata presidennya Mohd Safwan Ab Ghani, yang membuat aduan tersebut, kepada Malaysiakini. (more…)



Usaha sistematik singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?
October 23, 2008, 9:00 am
Filed under: UPM Issues

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91730

Oct 22, 08 11:23am kemaskini 7:28pm

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka “dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej.”

“Kami bimbang perkara yang sama akan terus berulang dari satu generasi (pelajar) ke satu generasi yang lain sehingga ia menjadi satu permainan yang yang cukup menyeronokkan bagi sesetengah pihak,” katanya, mengulas dua pelajar cemerlang UPM, seorang daripadanya exco PMIUPM, yang dibuang dari Kolej Tun Perak minggu lepas.

“Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti.” (more…)



UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej
October 23, 2008, 8:58 am
Filed under: UPM Issues

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91747

Jimadie Shah Othman | Oct 22, 08 3:35pm kemaskini 6:51pm

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan “tinggal secara tidak sah” kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir “atas dasar prihatin”.

“Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan,” jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad. (more…)



2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej
October 16, 2008, 4:53 am
Filed under: Campus Election 2008

Jimadie Shah Othman | Oct 16, 08 4:32pm

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91397

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Mereka menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan rasmi pelajar cemerlang. Peperiksaan akhir mereka bermula Selasa depan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

“Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut,” surat pengetua kolej berkenaan Prof Madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.

(more…)



Pendedahan Terkini: PRK Tidak Akan Diadakan Serentak!
October 11, 2008, 8:54 am
Filed under: Campus Election 2008

sumber : Pengerusi PRO M nasional-Pengerusi Pro M Uni.Malaya

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) dua kali pada tarikh yang berbeza tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Pertama kali dalam sejarah IPTA, PRK tidak diadakan serentak. Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008 melibatkan IPTA di Pantai Timur sahaja (UMT,UMP, UMK dan UDM ). Manakala IPTA lain akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT?

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

idris.jpgSatu perjumpaan sulit telah diadakan oleh KPT, dihadiri oleh Dato Idris Haron Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Mereka menamakan diri sendiri sebagai ‘Sekretariat Kampus’ (‘nama underground’ kata Dato’ Idris) telah merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional.

(more…)



靠近考試日期‧博大國大展延校園選舉
October 11, 2008, 8:46 am
Filed under: Campus Election 2008

(雪蘭莪‧八打靈再也)基於國立專校園選舉碰上開齋節、屠妖節、大專考試及假期,部份校方將把校園選舉展延至今年底或明年初舉行。

博大校長拿督聶慕斯達法及國大校長拿督莎麗花皆表示,由於目前已靠近大專的考試日期,因此這兩間大專決定展延校園選舉的日期。

全國大專生團結陣線(SMM)主席哈菲斯指出,校方並沒有明文闡明,校方將展延校園選舉,他只是從大學職員的口中獲知,部份的校園選舉將展延至明年初。

(more…)



Pilihan raya kampus mula 15 Oktober
October 10, 2008, 7:37 am
Filed under: Campus Election 2008

Sumber: Arkib Berita Kosmo

KUALA LUMPUR – Bahang pilihan raya kampus yang melibatkan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai terasa apabila beberapa universiti akan mengadakan pilihan raya mulai 15 Oktober ini.

Antara IPTA yang akan mengadakan pilihan raya pada 15 Oktober itu ialah Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala pada hari berikutnya akan melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Bagaimanapun, IPTA lain masih belum mendapat bayangan mengenai tarikh pilihan raya akan bakal diadakan dan ada yang menjangkakan awal tahun depan.

Keadaan itu berbeza dengan tahun lalu apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan pilihan raya kampus diadakan secara serentak di seluruh negara.

Dipercayai keadaan ini berpunca daripada tsunami politik yang melanda negara ketika pilihan raya umum ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac lalu.

Namun rata-rata, pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar menyifatkan keadaan tersebut tidak akan mempengaruhi suasana politik di dalam kampus.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UteM, Mohammad Firdaus Abdul Rahman, beliau yakin keadaan di dalam kampus tidak akan dipengaruhi oleh situasi politik semasa.

“Mungkin ada sedikit pengaruh tetapi di UteM, politik luar belum kuat dan isu-isu di dalam kampus cuma berkisar mengenai isu-isu kebajikan pelajar sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagi Yang Dipertua MPP UMP, Salman Razeni, beliau yakin suasana pilihan raya di kampusnya akan berjalan dalam suasana yang harmoni.



‘Harimau Maut’ jangan ganggu
October 10, 2008, 7:32 am
Filed under: Campus Election 2008 | Tags:


SEORANG pengawal keselamatan memperkatakan sesuatu kepada sekumpulan mahasiswa ketika mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor di UPM semalam.


SERDANG – Barisan pakatan promahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa pihak pengurusan universiti berkenaan supaya memastikan tiada gejala samseng atau pergaduhan terutama daripada ‘Harimau Maut’ pada kempen pilihan raya kampus kali ini.

Wakil pakatan berkenaan, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah yang juga bakal calon bagi pilihan raya itu nanti berkata, ‘Harimau Maut’ telah mengganggu calon dan ahli jentera pilihan raya melaksanakan tugas mereka sewaktu kempen tahun lalu.

“Mereka ini (Harimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta turut mengugut bagi menakutkan kami.

(more…)



August 9, 2008, 5:38 pm
Filed under: Uncategorized


电影观赏会:单眼皮
August 1, 2008, 4:28 pm
Filed under: 迎新活动
单眼皮

单眼皮




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.